05 November 2012

Peserta dari Sabah turut sertai KPOT perdana

Para peserta Kursus Pengaktifan Otak Tengah bersama tenaga pengajar menunjukkan sijil penyertaan masing-masing selepas berjaya menamatkan kursus tersebut baru-baru ini.
SERAMAI 14 peserta termasuk seorang peserta yang datang dari Sabah telah berjaya menyelesaikan Kursus Pengaktifan Otak Tengah (KPOT) yang berlangsung di Pusat Latihan MyIPO, Bangsar, Kuala Lumpur pada 3 dan 4 November lalu.

Ia adalah KPOT perdana anjuran NHA Management & Consultant dengan kerjasama Mind Secret  sempena cuti persekolahan akhir tahun.

Para peserta yang terdiri daripada kanak-kanak berusia 5 hingga 11 tahun itu diberikan latihan asas pengaktifan otak tengah dengan menggunakan kaedah audio, visual dan pelbagai aktiviti yang menyeronokkan. Turut serta seorang remaja berusia 14 tahun.

Rata-rata ibu bapa yang  ditemui kagum kebolehan anak-anak mereka selepas mengikuti KPOT walaupun dalam tempoh yang singkat, iaitu hanya satu setengah hari.

Seorang bapa, Dr Asharuddin Ahmad berkata, dia sangat berpuas hati dengan KPOT kerana dalam tempoh yang singkat sudah mampu menonjolkan kebolehan anak beliau, Sarah dan ia diluar dugaan.

"Ia satu permulaan positif untuk pendidikan awal. Saya berpuas hati. Cuma diharapkan kursus ini dapat dilanjutkan sehingga dua hari penuh serta diikuti program susulan," katanya.

Nada serupa disuarakan Puan Zuharyati Yusof, ibu kepada Muhammad Za'im Al-Hafiz yang mahukan agar tempoh kursus dilanjutkan dilanjutkan dan disertai dengan program susulan.

Puan Linawati Adiman (kanan) yang datang jauh dari Sabah kagum dengan kebolehan anaknya, Radin Siti Nurlaili yang dapat mengetahui warna dan nombor kad Uno selepas selesai menjalani Kursus Pengaktifan Otak Tengah (KPOT), di Bangsar, Kuala Lumpur baru-baru ini.

Puan Linawati Adiman yang terbang khas dari Lahad Datu, Sabah semata-mata mahukan anaknya, Radin Siti Nurlaili Mohd Tahir menyertai KPOT itu berkata, beliau amat berpuas hati dengan program tersebut dan ia telah mencapai objektif sebenar.

Justeru beliau berharap program ini dapat diperluaskan sehingga ke Sabah.

"Saya akan recommend kepada kawan-kawan dan saudara mara saya di Sabah. Saya harap pihak NHA Managemet dan Mind Secret dapat mengadakan kursus ini di sana," katanya gembira.

KPOT selama satu hari setengah itu dikendalikan oleh jurulatih, Encik Muhammad Adha Maulud dan dibantu oleh Puan Sawiah Omar dari Mind Secret.

Sila lawat FB kami  di sini... untuk melihat gambar-gambar sekitar kursus tersebut.