29 November 2012

KPOT dalam Selamat Pagi Malaysia TV1

Dr Norlee Hazaniza Ahmad dan Muhammad Adha Maulud ditemu bual oleh pengacara Selamat Pagi Malaysia, Zulkifli Sulong ketika NHA Managament dan Mind Secret menjadi tetamu program TV1 itu baru-baru ini.
PADA 27 November lalu, pihak NHA Management dan Mind Secret telah menjadi tetamu program Selamat Pagi Malaysia di TV1 yang membuka peluang untuk kami berkongsi maklumat dan pengalaman mengenai pengaktifan otak tengah.

Pada program itu, NHA Management diwakili oleh pengasasnya, Dr. Norlee Hazaniza Ahmad manakala Mind Secret diwakili oleh Muhammad Adha Maulud selaku pengasas dan jurulatih Kursus Pengaktifan Otak Tengah (KPOT).

Sempena program tersebut, lima kanak-kanak yang sudah diaktifkan otak tengah mereka menerusi KPOT anjuran kami menunjukkan keupayaan mereka mewarna dan membaca dengan menutup mata.

Segmen itu dihoskan oleh Sdr Zulkifli Sulong dan  Elisya di mana kedua-dua pengacara itu kagum dengan kebolehan kanak-kanak tersebut.

Dr. Norlee Hazaniza menjelaskan mengenai otak tengah dari sudut pandang perubatan di mana ia merupakan jambatan yang menghubungkan sel-sel otak kiri dan otak kanan yang jika diaktifkan membolehkan manusia berfikir menggunakan kedua-dua otak berbanding hanya satu oleh kebanyakan orang.

Muhammad Adha pula memberikan penerangan mengenai kaedah-kaedah yang digunakan bagi mengaktifkan otak tengah manusia khususnya kanak-kanak yang selama ini tidak digunakan sehingga ia seolah-olah tidur.