Mengetahui warna dan nombor kad Uno

Kanak-kanak ini boleh mengetahui warna dan huruf pada kad Uno walaupun dengan mata tertutup. Ini menunjukkan bahawa otak tengahnya sudah pun diaktifkan.

Latihan setiap hari

Selepas otak tengah diaktifkan, kanak-kanak perlu berlatih antara 10 hingga 15 minit setiap hari bagi meningkatkan keaktifan otak berkenaan.

Selesai kursus

Para peserta KPOT bergambar bersama jurulatih menunjukkan sijil penyertaan yang mereka terima selepas selesai menjalani kursus selama sehari setengah di Pusat Latihan MyIPO, Bangsar, Kuala Lumpur pada 4 November lalu.

Mind Secret dalam MHI TV3

Encik Muhammad Adha Maulud dan Puan Sawiah Omar ditemu bual oleh pengacara MHI, Nadia Shahrul Annuar ketika mereka muncul dalam MHI di TV3 pada 22 Oktober lalu.

Kehebatan kanak-kanak yang otak tengah diaktif

Pengacara MHI, Nadia Shahrul Annuar menguji kebolehan adik Yasmeen ketika muncul dalam MHI TV3 baru-baru ini.

25 October 2012

Promosi KPOT dalam MHI TV3

NHA Management & Consultant baru-baru ini telah membawa jurulatih Kursus Pengaktifan Otak Tengah (KPOT) Mind Secret ke Sri Pentas, Bandar Utama untuk muncul dalam program Malaysia Hari ini (MHI) di TV3.

Pengasas Mind Secret, Encik Muhammad Adha Maulud dan Puan Sawiah Omar telah ditemu bual secara langsung oleh pengacara MHI, Nadia Shahrul Annuar mengenai kursus berkenaan. Turut diadakan demonstrasi kebolehan kanak-kanak yang sudah mengikuti kursus ini antaranya mewarna dengan mata tertutup.

Mereka turut diuji oleh Nadia untuk mengetahui warna pensil dan juga membaca akhbar dengan mata tertutup dan kesemuanya telah berjaya dilakukan oleh Safiyahanee, 11, Yasmeen, 8 dan Mohamad Danish Haikal, 7 tahun yang dibawa bersama ke studio.

Program MHI pada 22 Oktober itu disiarkan secara langsung menerusi TV3.



Puan Sawiah Omar (berdiri tengah) menjelaskan mengenai fungsi otak tengah dan keupayaannya jika ia diaktifkan kepada Nadia Shahrul Annuar sambil disaksikan oleh Muhammad Adha Maulud, di Studio MHI di Sri Pentas baru-baru ini.
 


Pengacara MHI, Nadia Shahrul Annuar terpegun melihat Yasmeen (kanan) dapat mengetahui warna pensil sedangkan matanya ditutup ketika siaran langsung MHI di Sri Pentas, Bandar Utama baru-baru ini.
 

23 October 2012

Apa itu Kursus Pengaktifan Otak Tengah?

SEBELUM ini kita lebih mengetahui tentang otak kiri dan otak kanan serta peranannya tetapi banyak yang tidak menyedari bahawa kita juga mempunyai satu lagi otak iaitu otak tengah yang berperanan sebagai jambatan bagi kedua-dua otak kiri dan kanan.

Berdasarkan penemuan Roger W. Sperry iaitu pemenang hadiah Nobel pada 1981, sewaktu menjalankan penyelidikan mengenai penyakit epilepsi ditemukan bahawa belahan otak kanan dan kiri mengawal bentuk pemikiran tertentu.

Otak kiri berfungsi dalam logika, pengiraan, pembacaan, pertuturan, analisis  manakala otak kanan berfungsi dalam hal-hal seni, persembahan, intuisi, kreativiti dan personaliti.

Otak tengah pula merupakan bahagian otak yang terkecil yang mengawal banyak fungsi penting seperti fungsi penglihatan, pendengaran dan  pergerakan mata. Bahagian dari otak tengah iaitu red nucleus dan sunstansia nigra terlibat dalam pengawalan gerakan tubuh badan.

Otak ini juga mempunyai lebih 300 juta saraf tetapi pada tahap usia tertentu otak tengah akan tidur sekiranya ia tidak diaktifkan.

Kursus Pengurusan Otak Tengah (KPOT) yang kami jalankan adalah bertujuan untuk mengaktifkan semula otak tengah yang menghubungkan otak kiri dan otak kanan terutama kanak-kanak berusia 6 hingga 12 tahun. Dengan kaedah tertentu, otak tengah mereka akan diaktifkan dan membolehkan mereka mendapatkan semula maklumat antara kedua-dua otak kiri dan kanan.

Apabila otak tengah diaktifkan, ia akan menjadikan kanak-kanak lebih cekap dan mendalam dalam pembelajaran dan penyerapan maklumat. Ia juga membawa keluar dan menguatkan ciri-ciri seperti kreativiti, daya ingatan, kemahiran aplikasi, keyakinan diri dan keupayaan untuk menumpukan perhatian.

Kanak-kanak yang telah diaktifkan otak tengah mereka akan memiliki keupayaan maksimum dari kedua-dua otaknya serta meningkatkan kapasiti dan keupayaan belajar. Mereka juga boleh mendapat manfaat daripada logik dari kiri dan gerak hati dari kanan.

Mereka juga berkeupayaan untuk menyerap maklumat dan focus dalam bidang akademik di sampung dapat belajar dengan lebih mudah serta mampu cemerlang dalam bidang sukan dan kesenian. Mereka mampu melakukan pelbagai aktiviti dengan mata tertutup seperti mewarna, membaca, berjalan dan lain-lain.

Kanak-kanak yang sudah cemerlang dengan hanya menggunakan sebelah otak sahaja sudah pasti akan meningkat kebolehan mereka tanpa batas apabila mereka menggunakan kedua-dua belah otak.

KENAPA KANAK-KANAK 6-12 TAHUN?


Otak kanak-kanak seusia ini lebih mudah dilatih dan boleh menyesuaikan diri dengan cara-cara baru pembelajaran berbanding orang yang lebih dewasa.


MAKLUMAT KURSUS

Penganjur    : NHA Management & Consultant (Bagi Selangor, KL dan Putrajaya)
Jurulatih    : En. Muhammad & Pn Aween (Mind Secret)
Tarikh        : Sepanjang cuti persekolahan
Jangka masa kursus : Satu setengah hari

Maklumat lanjut dan tempahan tempat boleh diperoleh dengan menghubungi Cik Hainie (019-6558141 / Cik Husna (019-2016866) atau email nhamanagement@yahoo.com