25 October 2012

Promosi KPOT dalam MHI TV3

NHA Management & Consultant baru-baru ini telah membawa jurulatih Kursus Pengaktifan Otak Tengah (KPOT) Mind Secret ke Sri Pentas, Bandar Utama untuk muncul dalam program Malaysia Hari ini (MHI) di TV3.

Pengasas Mind Secret, Encik Muhammad Adha Maulud dan Puan Sawiah Omar telah ditemu bual secara langsung oleh pengacara MHI, Nadia Shahrul Annuar mengenai kursus berkenaan. Turut diadakan demonstrasi kebolehan kanak-kanak yang sudah mengikuti kursus ini antaranya mewarna dengan mata tertutup.

Mereka turut diuji oleh Nadia untuk mengetahui warna pensil dan juga membaca akhbar dengan mata tertutup dan kesemuanya telah berjaya dilakukan oleh Safiyahanee, 11, Yasmeen, 8 dan Mohamad Danish Haikal, 7 tahun yang dibawa bersama ke studio.

Program MHI pada 22 Oktober itu disiarkan secara langsung menerusi TV3.




Puan Sawiah Omar (berdiri tengah) menjelaskan mengenai fungsi otak tengah dan keupayaannya jika ia diaktifkan kepada Nadia Shahrul Annuar sambil disaksikan oleh Muhammad Adha Maulud, di Studio MHI di Sri Pentas baru-baru ini.
 


Pengacara MHI, Nadia Shahrul Annuar terpegun melihat Yasmeen (kanan) dapat mengetahui warna pensil sedangkan matanya ditutup ketika siaran langsung MHI di Sri Pentas, Bandar Utama baru-baru ini.