Mengetahui warna dan nombor kad Uno

Kanak-kanak ini boleh mengetahui warna dan huruf pada kad Uno walaupun dengan mata tertutup. Ini menunjukkan bahawa otak tengahnya sudah pun diaktifkan.

Latihan setiap hari

Selepas otak tengah diaktifkan, kanak-kanak perlu berlatih antara 10 hingga 15 minit setiap hari bagi meningkatkan keaktifan otak berkenaan.

Selesai kursus

Para peserta KPOT bergambar bersama jurulatih menunjukkan sijil penyertaan yang mereka terima selepas selesai menjalani kursus selama sehari setengah di Pusat Latihan MyIPO, Bangsar, Kuala Lumpur pada 4 November lalu.

Mind Secret dalam MHI TV3

Encik Muhammad Adha Maulud dan Puan Sawiah Omar ditemu bual oleh pengacara MHI, Nadia Shahrul Annuar ketika mereka muncul dalam MHI di TV3 pada 22 Oktober lalu.

Kehebatan kanak-kanak yang otak tengah diaktif

Pengacara MHI, Nadia Shahrul Annuar menguji kebolehan adik Yasmeen ketika muncul dalam MHI TV3 baru-baru ini.

29 December 2012

VIDEO: Mama... Otak tengah Nabihah sudah aktif!

Kepetahan adik Nabihah Aman Shah yang baharu berusia 3 tahun yang sudah mampu mengenal warna dan nombor walaupun hanya menggunakan sebahagian daripada kedua-dua otaknya.

Bayangkan anak seperti diaktifkan pula otak tengahnya, sudah pasti kepintarannya berganda kerana kini adik Nabihah sudah mampu menggunakan kedua-dua otak kiri dan kanannya selepas dihubungkan oleh otak tengah.



 * Kami memohon maaf kepada ibu bapa Nabihah kerana berlaku sedikit kesilapan nama pada video tersebut.

27 December 2012

Panduan untuk ibu bapa sebelum hadiri KPOT

MEMANG tidak dinafikan banyak maklumat mengenai pengaktifan otak tengah yang boleh dicapai menerusi internet, terutama di YouTube. Sudah semestinya maklumat-maklumat tersebut bersifat positif namun tidak kurang juga yang berbentuk negatif.

Justeru, bagi ibu bapa yang sudah membuat keputusan menghantar anak-anak menghadiri kursus ini, mereka dinasihatkan supaya mengikuti panduan di bawah bagi memastikan anak-anak dapat menjalani kursus dengan seronok dan berkesan.

1. Dapatkan maklumat yang betul tentang otak tengah
Seperti dimaklumkan sebelum ini, memang banyak maklumat mengenai otak tengah dan ulasan-ulasan mengenainya di internet. Bagaimanapun ibu bapa dinasihatkan mendapatkan maklumat yang betul dan tepat terutama dari kalangan ibu bapa yang mempunyai anak yang sudah diaktifkan otak tengah mereka. Ini kerana kebanyakan ulasan-ulasan negatif datangnya daripada mereka yang tidak pernah menghadiri kursus ini.

2. Maklumkan kepada anak-anak bahawa kelas yang bakal dihadiri menyeronokkan dan menghiburkan.
Ini kerana kursus pengaktifan otak tengah ini menggunakan elemen-elemen multimedia dan bersifat edutainment di mana pembelajaran disertakan dengan permainan.

3. Pastikan anak-anak tidur awal dan tidur yang mencukupi
Ini bagi memastikan anak-anak sentiasa segar dan aktif sepanjang kursus. Anak-anak yang tidak cukup tidur akan keletihan menyebabkan mereka mudah mengantuk di dalam kelas dan enggan melakukan aktiviti yang disediakan.

4. Ibu bapa perlu memberikan kata-kata semangat dan perangsang kepada anak-anak untuk menghadiri kursus
Ini kerana kadang kala anak-anak tidak mempunyai keyakinan diri dan merasa takut untuk bertemu kawan baru, takut untuk berada di tempat baru, takut berjauhan dengan ibu bapa dan lain-lain. Justeru, ibu bapalah yang memainkan peranan untuk meyakinkan anak-anak. Ingat! kursus ini berlangsung dalam keadaan menyeronokkan!

Selain itu, kami juga sentiasa memastikan  keselamatan anak-anak terjamin  sepanjang menghadiri kursus ini dengan kawalan keselamatan yang ketat dan penjagaan yang terbaik.

06 December 2012

VIDEO: Apabila otak tengah sudah diaktifkan...

Salah satu petunjuk bahawa otak tengah anak-anak sudah diaktifkan ialah apabila mereka dapat melakukan aktiviti harian - mewarna, melukis, membaca, membuat latihan sekolah, berbasikal, main skateboard dan lain-lain dengan mata tertutup.

Apabila mata tertutup anak-anak akan memusatkan minda mereka sehingga mereka boleh melihat menggunakan minda mereka, tanpa perlu menggunakan kedua-dua belah matanya. Inilah kelebihan anak-anak apabila otak tengah mereka diaktifkan.

 an

05 December 2012

Tahukah anda warna mempunyai sifat?

Tahukah anda bahawa kanak-kanak yang sudah diaktifkan otak tengah bukan sahaja dapat melakukan aktiviti dengan mata tertutup bahkan mereka juga dapat mengenali warna menerusi sentuhan (skin vision) dan bau?

Berdasarkan kajian bahawa setiap warna sebenarnya mempunyai sifatnya tersendiri, Bagaimana pun ia memang sukar dikesan menggunakan deria biasa. Bagaimanapun kanak-kanak yang sudah diaktifkan otak tengah ternyata berupaya membezakan warna berdasarkan bau dan sentuhan.

Selain itu, melalui kaedah skin vision kanak-kanak yang sudah diaktifkan otak tengah mereka dapat mengenali warna berdasarkan sentuhan pada kulit. Ini kerana setiap warna mempunyai sifat-sifat tersendiri seperti kasar, halus, lembut, licin dan lain-lain. Sifat-sifat warna ini sukar dibezakan bagi mereka yang otak tengah masih tidak aktif atau pendam.

Kanak-kanak ini menghidu kertas yang dipegang bagi mengetahui warna kertas tersebut.
Selain dengan cara menghidu, sifat warna juga boleh dirasai oleh kanak-kanak ini.

Bau warna sukar dikesan dan dibezakan oleh orang biasa.

30 November 2012

KPOT dalam Utusan Malaysia 29 November 2012

Rencana mengenai pengaktifan otak tengah dan KPOT telah disiarkan di dalam sisipan Mega, akhbar Utusan Malaysia bertarikh Khamis 29 November 2012. Terima kasih Pn. Mariatul Qatiah atas rencana yang menarik dan informatif.


Pengaktifan Otak Tengah

PERCAYA atau tidak seorang kanak-kanak yang matanya yang ditutup rapat dengan sehelai kain hitam mampu menghabiskan tugasan mewarna dengan begitu cantik sekali? Malah untuk membuktikan bahawa kain hitam yang menutupi mata mereka tidak jarang atau boleh dilihat melaluinya, sehelai kertas tisu dilapikkan pula antara mata dan kain hitam tersebut.

INI untuk membuktikan bahawa mereka (kanak-kanak) tidak menipu dan segala tugasan yang diberikan sama ada mewarna, mengenal warna ataupun mengenal pelbagai objek mampu dikenal pasti seperti mana ketika mata mereka terbuka.
Begitupun untuk melakukan aktiviti-aktiviti tersebut dengan mata tertutup bukanlah satu tugasan yang mudah.
Ini kerana tanpa mengaktifkan otak tengah  agak mustahil untuk dilaksanakan.
Menurut Pengarah Mind Secret Enterprise, Sawiah Omar, otak tengah sebenarnya berperanan sebagai jambatan bagi kedua-dua otak kiri dan kanan.
Katanya lagi, otak tengah itu mempunyai lebih 300 juta saraf, tetapi pada tahap usia tertentu otak tengah akan tidur sekiranya tidak diaktifkan.
“Kita sebenarnya tidak pernah didedahkan dengan otak tengah, malah tidak dinafikan hari ini kita hanya mengetahui akan kewujudan otak kiri dan kanan.
“Tetapi sebenarnya selain otak kiri dan kanan kita mempunyai otak tengah di mana ia akan tidur sekiranya tidak diaktifkan.
“Setelah otak tengah diaktifkan ia akan terus aktif dan  dengan ini secara tidak langsung ia bagus untuk perkembangan sahsiah diri,” ujarnya ketika ditemui pada Kursus Pengaktifan Otak Tengah (KPOT) yang diadakan di Kuala Lumpur, baru-baru ini.
Berbicara lanjut mengenai hal tersebut, ulas Sawiah, menyedari akan pelbagai perkara yang bermanfaat dapat dilakukan daripada pengaktifan otak tengah, pihaknya dengan kerjasama NHA Management and Consultant telah menganjurkan kelas bagi kanak-kanak yang berumur antara enam hingga 12 tahun.
Dikendali dan diselia oleh mereka yang berpengalaman, ternyata kursus yang hanya mengambil masa  satu setengah hari itu mampu mengubah pandangan para peserta terhadap kemampuan mereka menggunakan kelebihan otak tengah.
Ternyata apa yang diberitahu benar belaka kerana saya sendiri berpeluang melihat bagaimana para peserta kanak-kanak  itu mampu melukis, mengenal warna, mengenal objek malah membaca nombor-nombor dengan begitu lancar  biarpun dengan mata yang tertutup.
Apabila ditanya mengenai modul pembelajaran yang diajar kepada para peserta, ujar Sawiah, pihaknya mengajar beberapa teknik pengaktifan otak tengah yang melibatkan fokus pendengaran dan penglihatan, kecekapan mewarna, dan juga ujian IQ.
“Sebenarnya kita perlu mengetahui bahawa dalam diri setiap individu mempunyai tujuh aura yang tidak diketahui. Aura ini  akan lebih berkesan kepada kanak-kanak yang berumur antara enam hingga 12 tahun.
“Kerana pada usia  ini dianggap sesuai untuk mengaktifkan otak tengah di samping mudah untuk mereka menyerap segala pembelajaran yang diberikan.
“Begitupun setiap individu kelebihan mereka  adalah berbeza tetapi Insya-Allah dengan menghadiri kursus ini walaupun tidak semua, sekurang-kurangnya para peserta mampu membawa pulang sedikit ilmu yang diajar.
“Tetapi perlu diingatkan latihan ini perlu berterusan sehingga 30 hari untuk otak tengah menjadi aktif berterusan.
“Pastinya, sebaik sahaja tamat kursus para peserta akan menjadi seorang yang lebih fokus, pintar, penyayang, punya keyakinan diri yang tinggi, kreatif, bersikap positif dan emosi yang lebih stabil,” katanya.
Yang pasti kebolehan setiap peserta kanak-kanak yang menyertai kursus ini adalah dilihat sesuatu yang menakjubkan serta di luar jangkaan dan hanya boleh dinilai sekiranya anda sendiri mengalami  dan melihat sendiri keadaan bagaimana menggunakan kelebihan mengaktifkan otak tengah ini.
Bagi mereka yang ingin mendapatkan maklumat lanjut mengenai kursus ini boleh hubungi Hainie di talian 019-6558141 atau layari www.nhamindsecret.blogspot.com.
 - MARIATUL QATIAH ZAKARIA