SEBELUM ini kita lebih mengetahui tentang otak kiri dan otak kanan
serta peranannya tetapi banyak yang tidak menyedari bahawa kita juga
mempunyai satu lagi otak iaitu otak tengah yang berperanan sebagai
jambatan bagi kedua-dua otak kiri dan kanan.
Berdasarkan penemuan
Roger W. Sperry iaitu pemenang hadiah Nobel pada 1981, sewaktu
menjalankan penyelidikan mengenai penyakit epilepsi ditemukan bahawa
belahan otak kanan dan kiri mengawal bentuk pemikiran tertentu.
Otak
kiri berfungsi dalam logika, pengiraan, pembacaan, pertuturan,
analisis manakala otak kanan berfungsi dalam hal-hal seni, persembahan,
intuisi, kreativiti dan personaliti.
Otak tengah pula merupakan
bahagian otak yang terkecil yang mengawal banyak fungsi penting seperti
fungsi penglihatan, pendengaran dan pergerakan mata. Bahagian dari
otak tengah iaitu red nucleus dan sunstansia nigra terlibat dalam
pengawalan gerakan tubuh badan.
Otak ini juga mempunyai lebih
300 juta saraf tetapi pada tahap usia tertentu otak tengah akan tidur
sekiranya ia tidak diaktifkan.
Kursus Pengurusan Otak Tengah
(KPOT) yang kami jalankan adalah bertujuan untuk mengaktifkan semula
otak tengah yang menghubungkan otak kiri dan otak kanan terutama
kanak-kanak berusia 6 hingga 12 tahun. Dengan kaedah tertentu, otak
tengah mereka akan diaktifkan dan membolehkan mereka mendapatkan semula
maklumat antara kedua-dua otak kiri dan kanan.
Apabila otak
tengah diaktifkan, ia akan menjadikan kanak-kanak lebih cekap dan
mendalam dalam pembelajaran dan penyerapan maklumat. Ia juga membawa
keluar dan menguatkan ciri-ciri seperti kreativiti, daya ingatan,
kemahiran aplikasi, keyakinan diri dan keupayaan untuk menumpukan
perhatian.
Kanak-kanak yang telah diaktifkan otak tengah
mereka akan memiliki keupayaan maksimum dari kedua-dua otaknya serta
meningkatkan kapasiti dan keupayaan belajar. Mereka juga boleh mendapat
manfaat daripada logik dari kiri dan gerak hati dari kanan.
Mereka
juga berkeupayaan untuk menyerap maklumat dan focus dalam bidang
akademik di sampung dapat belajar dengan lebih mudah serta mampu
cemerlang dalam bidang sukan dan kesenian. Mereka mampu melakukan
pelbagai aktiviti dengan mata tertutup seperti mewarna, membaca,
berjalan dan lain-lain.
Kanak-kanak yang sudah cemerlang dengan
hanya menggunakan sebelah otak sahaja sudah pasti akan meningkat
kebolehan mereka tanpa batas apabila mereka menggunakan kedua-dua belah
otak.
KENAPA KANAK-KANAK 6-12 TAHUN?Otak kanak-kanak
seusia ini lebih mudah dilatih dan boleh menyesuaikan diri dengan
cara-cara baru pembelajaran berbanding orang yang lebih dewasa.
MAKLUMAT KURSUS
Penganjur : NHA Management & Consultant (Bagi Selangor, KL dan Putrajaya)
Jurulatih : En. Muhammad & Pn Aween (Mind Secret)
Tarikh : Sepanjang cuti persekolahan
Jangka masa kursus : Satu setengah hari
Maklumat
lanjut dan tempahan tempat boleh diperoleh dengan menghubungi Cik Hainie (019-6558141 / Cik Husna (019-2016866) atau
email
nhamanagement@yahoo.com